Selamat sejahtera. Berita baru dari KOSMO! 11 April kini diumumkan sebagai cuti umum untuk seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Cuti umum ini bersempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Menurut akbar online KOSMO!, Tan Sri Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara) berkata pengisytiharan hari kelepasan umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Katanya lagi, "Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing".
Semoga YDP Agong dapat menerajui Malaysia sebaik mungkin dan semoga YDP Agong dapat ikut gaya hidup seperti Sultan Kelantan.
Source: www.kosmo.com.my
P/S: AllahuAkbar!









Tinggalkan Komen Korang Di Bawah: